AKU CAKAP.. AKU BUAT!

Bila aku pakai baju JBS23 ni.. macam-macam perasaan ada..

Rasa gembira, sebak, terharu dan sangat bangga..

Kenapa aku rasa macam tu? Begini ceritanya..

Masa mula-mula aku nak tubuhkan Koperasi AnNadi Berhad khusus untuk Alumni SMAPK, banyak suara-suara negatif yang kedengaran daripada circle budak-budak Alumni SMAPK itu sendiri..

“Eleh.. nak kumpulkan ahli bukan senang.. inikan pulak nak buat koperasi..?”

“Balik-balik muka kau je yang bersungguh-sungguh.. budak lain takde ke..?”

“Bisnes apa yang kau nak buat under koperasi alumni ni bro? Takat bisnes jual kerepek je aku tak minat lah!”

dan banyak lagi ‘kecaman’ dan ‘teguran sinis’ yang dilemparkan ketika itu..

Aku tak membalas mahupun memarahi mereka.. kerana semua tu aku anggap umpama LANGAU yang cuba nak menjatuhkan semangat aku..

Aku jalan je terus.. cari kawan-kawan rapat yang bersedia menyahut cabaran untuk bersama aku.. dapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar dan kumpulkan segala maklumat dan dokumen yang diperlukan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk mengesahkan pendaftaran nya.

Setelah 3 bulan merancang dan membuat persediaan.. Alhamdulillah, KOPERASI ANNADI BERHAD telah berjaya ditubuhkan dan didaftarkan di SKM pada 30 Mac 2023.

Walaupun masih baru.. banyak rancangan yang telah aku aturkan bersama barisan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang berdedikasi, berpengalaman luas dalam bidang masing-masing dan sangat komited dalam melihat Koperasi ini maju ke hadapan.

Aku cukup terharu, rasa sangat bersyukur dan berterima kasih atas sokongan rakan-rakan dalam ALK yang selalu memberikan semangat dan sokongan kepada aku untuk meneruskan perjuangan ini.

Sebagai permulaan, seperti yang aku ceritakan semalam, awal bulan Oktober ini, kami dah mulakan bisnes Self-operated Laundry di SMAPK.

Kami juga telah menjadi PENAJA UTAMA program Jom Balik SMAPK dan Kenduri Annadi 2023.

Kami juga akan melancarkan beberapa merchandise untuk dijual dalam program tersebut khusus untuk warga Alumni SMAPK.

Sebenarnya, kalau aku nak cerita apa yang aku nak buat.. memang terlalu panjanggggg untuk aku coretkan di sini..

Tapi itulah.. kalau aku tulis panjang-panjang pon, takde orang yang minat nak baca atau percaya..

Biarlah ia menjadi perancangan yang aku dan rakan-rakan ku di dalam koperasi ini percaya.. kerana hanya kami yang bersedia memikulnya bersama..

dan aku tahu.. selagi ada nyawa di kandung badan dan selagi Allah yang Maha Kuasa izinkan.. aku akan cuba sedaya upaya untuk BUAT APA YANG AKU CAKAP.. bukan sekadar cakap tak serupa bikin..

Sebab bukan itu style aku..

Siapa yang kenal aku tu tau lah..

So.. kalau rasa nak dapatkan info lanjut berkaitan Koperasi Annadi Berhad ini.. korang boleh PM tepi..

Tapi.. aku bagi amaran awal2 ya..

Dah join koperasi ni korang kena ada KOMITMEN yang TINGGI.. semangat kena KENTAL dan jiwa kena BESAR!

Sebab banyak lagi yang kami sama-sama nak buat melalui Koperasi Annadi Berhad di masa hadapan yang perlukan SEMUA itu dari kalian.

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02Q96TZngKDuWeTsHNH9b5Po39zgQf3bsY9Ad7qDSuuzW5jQDmmx8LQvntTtrSbC9vl&id=843523908&mibextid=Nif5oz&paipv=0&eav=AfZAIRtRUEE1SpKoxytNNumgOFzO3VMCvXEzqbD0ttDioTsGxMmZWjnzbtXLFOiVKvA&_rdr