KOPERASI ANNADI BERHAD MENGORAK LANGKAH MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN ‘SELF-OPERATED LAUNDRY’ DI SMAPK

Dalam bulan Julai lepas, saya ada buat satu posting berkenaan inisiatif yang telah diambil oleh Koperasi Annadi Berhad (ANNADICORP) untuk menyediakan perkhidmatan Self-operated laundry di Asrama Putera & Puteri di SMAPK.

Hasrat ini telah disampaikan oleh barisan pentadbir sekolah kepada AnNadi kerana mesin basuh yang telah disediakan oleh Vendor sebelum ini sejak 2013 telah rosak dan tidak boleh digunakan oleh para pelajar lagi.

Alhamdulillah, hari ini, ANNADICORP dengan kerjasama syarikat CNC Laundry milik Tn Hj Fazliy Malik telah memasang mesin basuh dan pengering layan diri yang baru untuk kegunaan anak-anak di SMAPK.

Kerja pemasangan dimulakan di Asrama Puteri terlebih dahulu kerana kawasan yang telah di gazetkan di Asrama Putera masih dalam proses penyenggaraan.

Para pelajar hanya perlu gunakan kad RFID untuk membuat bayaran dan kad ini boleh di top-up melalui top-up station yang telah disediakan dan tak perlu gunakan tunai atau token untuk memudahkan urusan.

Saya juga telah menyerahkan 500 kad RFID kepada pihak sekolah melalui Guru PK HEM, Cikgu Najibah Noor sebentar tadi.

Semoga dengan adanya kemudahan ini, anak-anak pelajar SMAPK dapat memanfaatkan nya dengan sebaik mungkin.

Bagi anda yang ingin menjadi sebahagian daripada Ahli Koperasi AnNadi Berhad, anda boleh berhubung dengan saya melalui no 0126550685.

Banyak lagi inisiatif yang bakal dijalankan oleh ANNADICORP khusus untuk manfaat ahli-ahlinya dan SMAPK secara amnya.

Kami mensasarkan untuk mengumpul kan keahlian sekurang-kurangnya 100 orang ahli menjelang penghujung tahun 2023 ini.

Doakan agar segalanya berjalan lancar dan diberkati Illahi.