JOM STRIKE BERSAMA DI KEJOHANAN BOWLING AMAL PIALA PRESIDEN AnNadi 2025!

Bersukan sambil beramal untuk kerja-kerja penambahbaikan Masjid SMAPK kita!

📅 Tarikh: Sabtu, 15 November 2025
🕝 Masa Mula: 1.45 petang
👥 Peserta: Terhad kepada 112 orang sahaja!

💸 Yuran Penyertaan:

Individu – *Early Bird RM80/seorang (Jika daftar & bayar sebelum 1-9-2025)* / Late Comers RM100/seorang (Jika daftar dan bayar selepas 1-9-2025)

✅ Termasuk: 3 Game Bowling + Sewa Kasut + T-Shirt Eksklusif + Goodie Bag

Khas untuk:

✨ Alumni SMAPK, Bekas Guru & Kakitangan serta Ahli Keluarga
✨ Para Guru & Kakitangan SMAPK
✨ Ibubapa/Penjaga Pelajar SMAPK

Setiap peserta akan bermain 3 game penuh aksi & gelak tawa!

⏳ Tarikh tutup pendaftaran: 1 September 2025
📲 Daftar sekarang sebelum slot kehabisan!
💚 Tujuan Amal

Kejohanan ini diadakan bagi mengutip dana untuk kerja-kerja penambahbaikan Masjid SMAPK yang mana sebahagian daripada hasil sumbangan akan disalurkan ke Tabung Infaq Masjid SMAPK.

JOM kita bermain sambil berinfaq – Pahala Berganda, Ukhuwah pun Terjaga!

🏆 Banyak hadiah menarik menanti peserta termasuklah Piala Pusingan Presiden AnNadi untuk Juara Berpasukan!
🥇 Kategori Individu: Jatuhan pin terbanyak
🏆 Kategori Berpasukan: Markah tertinggi berkumpulan
🎁 10 Hadiah Cabutan Bertuah!

💥 MAHU JENAMA ANDA DIKETAHUI & DIDOAKAN? JADILAH PENAJA KEJOHANAN INI! 💥

Kami membuka peluang untuk anda bersama menjayakan misi amal ini:

📌 Penaja Emas – RM5000 (1 slot sahaja)
– Logo di T-shirt, medal, banner, bunting, & semua platform media sosial

📌 Penaja Perak – RM3000 (2 slot sahaja)
– Logo di T-shirt, banner, bunting, & semua platform media sosial

📌 Penaja Gangsa – RM1000 (3 slot sahaja)
– Logo di banner, bunting & semua platform media sosial

🕌 Selain promosi, sebahagian daripada sumbangan anda akan digunakan untuk pembangunan Masjid SMAPK.

📞 Untuk sebarang sumbangan penajaan & penyertaan, hubungi urusetia kami Saudara Azam 013-601 0203, Saudara Izzuan 017-3713667 atau klik link pendaftaran di bawah:

https://forms.gle/c8nqANFtds2VwmNq8

🎳 Ayuh kita buat banyak strike sambil beramal, eratkan ukhuwah & cipta memori indah bersama keluarga besar SMAPK!