Alhamdulillah, sejak Studio Podcast Nadi Suasana milik Annadicorp memulakan rakaman pertamanya pada bulan Ogos 2024, kami telah merakam lebih 40 sesi podcast di studio ini.
Kini, rancangan podcast Sembang Budak Pandai (SBP) mula menjadi bualan hangat terutamanya di kalangan pelajar dan alumnus sekolah-sekolah berasrama penuh terutamanya warga AnNadi SMAPK kerana topik-topik yang dibincangkan melalui podcast tersebut sangat dekat dengan mereka.
Namun, saya sedar, untuk mengekalkan pengoperasian studio ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan kos yang tinggi.
Saya harus memastikan Nadi Suasana terus relevan dan menjadi pilihan podcaster di luar sana menjalankan sesi podcast mereka di sini.
Kadar sewaannya sangat kompetitif dan anda boleh membuat rakaman di sini tanpa perlu bersusah payah membuat proses editing kerana ia dilakukan oleh technician kami. Dengan harga serendah RM180 sejam, video anda boleh terus siap di upload di YouTube channel anda.
Saya berharap agar anda boleh bantu kami menghebahkan tentang studio milik Koperasi AnNadi Berhad ini kepada kawan-kawan anda bagi memastikan Nadi Suasana terus bernafas dalam menyediakan content berilmiah dan menjentik minda.
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan sewaan studio podcast Nadi Suasana ini, sila hubungi Saudara Aizac Ismail di nombor 0126550685.




NADISUASANA #ANNADIKOP #KOPERASIANNADI #STUDIOPODCAST #SBP #KAMIBUDAKSMAP #KAMIBUDAKSBP