
Bersukan sambil beramal untuk kerja-kerja penambahbaikan Masjid SMAPK kita! Tarikh: Sabtu, 15 November 2025
Masa Mula: 1.45 petang
Peserta: Terhad kepada 112 orang sahaja!
Yuran Penyertaan:
Individu – *Early Bird RM80/seorang (Jika daftar & bayar sebelum 1-9-2025)* / Late Comers RM100/seorang (Jika daftar dan bayar selepas 1-9-2025)
Termasuk: 3 Game Bowling + Sewa Kasut + T-Shirt Eksklusif + Goodie Bag
Khas untuk:
Alumni SMAPK, Bekas Guru & Kakitangan serta Ahli Keluarga
Para Guru & Kakitangan SMAPK
Ibubapa/Penjaga Pelajar SMAPK
Setiap peserta akan bermain 3 game penuh aksi & gelak tawa!
Tarikh tutup pendaftaran: 1 September 2025
Daftar sekarang sebelum slot kehabisan!
Tujuan Amal
Kejohanan ini diadakan bagi mengutip dana untuk kerja-kerja penambahbaikan Masjid SMAPK yang mana sebahagian daripada hasil sumbangan akan disalurkan ke Tabung Infaq Masjid SMAPK.
JOM kita bermain sambil berinfaq – Pahala Berganda, Ukhuwah pun Terjaga!
Banyak hadiah menarik menanti peserta termasuklah Piala Pusingan Presiden AnNadi untuk Juara Berpasukan!
Kategori Individu: Jatuhan pin terbanyak
Kategori Berpasukan: Markah tertinggi berkumpulan
10 Hadiah Cabutan Bertuah!
MAHU JENAMA ANDA DIKETAHUI & DIDOAKAN? JADILAH PENAJA KEJOHANAN INI!
Kami membuka peluang untuk anda bersama menjayakan misi amal ini:
Penaja Emas – RM5000 (1 slot sahaja)
– Logo di T-shirt, medal, banner, bunting, & semua platform media sosial
Penaja Perak – RM3000 (2 slot sahaja)
– Logo di T-shirt, banner, bunting, & semua platform media sosial
Penaja Gangsa – RM1000 (3 slot sahaja)
– Logo di banner, bunting & semua platform media sosial
Selain promosi, sebahagian daripada sumbangan anda akan digunakan untuk pembangunan Masjid SMAPK.
Untuk sebarang sumbangan penajaan & penyertaan, hubungi urusetia kami Saudara Azam 013-601 0203, Saudara Izzuan 017-3713667 atau klik link pendaftaran di bawah:
Ayuh kita buat banyak strike sambil beramal, eratkan ukhuwah & cipta memori indah bersama keluarga besar SMAPK!