Kata-kata Aluan

Pengerusi AnNadiKop

Assalamualaikum wbh dan Salam Hormat,

Alhamdulillah, setelah perancangan dibuat sejak tahun 2014 untuk menubuhkan sebuah Koperasi
khusus untuk warga Alumni SMAPK, akhirnya ia telah membuahkan hasil setelah tertubuhnya
KOPERASI ANNADI BERHAD (AnNadiKop) pada 30 Mac 2023.

Jika sebelum ini Alumni atau bekas-bekas pelajar SMAPK telah mempunyai persatuan Alumni nya
sendiri iaitu Pertubuhan Alumni SMAPK (AnNadi), kini, AnNadi telah mengorak langkah ke hadapan
dengan wujudnya AnNadiKop khusus untuk warga AnNadi sekalian.

Saya faham, bukan mudah untuk menyatupadukan seluruh warga alumni di dalam sebuah platform
apatah lagi untuk menjalankan perniagaan secara bersama di bawah platform koperasi ini. Ia cukup
mencabar dan memerlukan komitmen dari semua pihak terutamanya di kalangan ahli-ahlinya.

Namun demikian, saya cukup optimis dan percaya bahawa AnNadiKop boleh mencapai objektif dan
matlamatnya hasil usaha gigih barisan kepimpinan AnNadiKop terutamanya Ahli-ahli Lembaga
Koperasi yang berdedikasi dan berpengalaman luas dalam bidang masing-masing.

Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan ganjaran dari-Nya. Sama-sama kita doakan agar
AnNadiKop menjadi salah sebuah Koperasi yang berjaya dan disegani di rantau ini. Aminnn

Sekian, terima kasih.

Aizac Ismail

Pengerusi, AnNadiKop