Idea penubuhan AnNadiKop adalah bertitik tolak daripada keperluan mengadakan sebuah platform untuk warga AnNadi menjalankan perniagaan secara bersama demi untuk menjana pendapatan di bawah koperasi itu sendiri seterusnya memberi pulangan kepada anggota-anggotanya.
Jika matlamat penubuhan Pertubuhan Alumni SMAPK (AnNadi) yang telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) adalah untuk menghimpunkan bekas-bekas pelajar SMAPK di bawah sebuah persatuan yang tidak bermotifkan keuntungan (non profit organization) demi menjaga kebajikan khususnya kepada ahli-ahlinya selain menyumbang bakti kepada SMAPK secara amnya, objektif utama penubuhan AnNadiKop adalah sedikit berbeza kerana sebagai sebuah organisasi koperasi, AnNadiKop bertujuan menghimpunkan Alumni SMAPK di bawah sebuah Koperasi yang mempunyai misi dan visi seperti berikut:
- Menyatupadukan anggota-anggota di dalam platform Koperasi ini untuk menjalankan kegiatan ekonomi secara bersama;
- Menjalankan perniagaan secara bersama di kalangan anggota-anggota Koperasi untuk menjana pendapatan;
- Menambah asset dan kekayaan anggota;
- Membuat aktiviti kebajikan sesama anggota, SMAPK dan masyarakat setempat;
- Menerapkan nila-nilai murni di kalangan anggota melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan; dan
- Meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya menurut prinsip sesebuah koperasi.
Oleh yang demikian, berdasarkan objektif dan matlamat di atas, AnNadiKop mensasarkan agar lebih ramai warga Alumni SMAPK bakal turut serta menjadi anggota koperasi ini demi mencapai matlamatnya dalam masa terdekat, Insya Allah.