#PRODUK 1
Menyediakan Perkhidmatan "Dobi Layan-Diri" di Asrama Putera dan Puteri SMAPK
Alhamdulillah, pada 3 Oktober 2023, ANNADIKOP telah mengorak langkah menyediakan perkhidmatan Dobi Layan-Diri di Asrama Putera dan Puteri SMAPK. Usaha ini dijalankan dengan kerjasama Syarikat FJSM INNTECH SDN. BHD. dan CNC Laundry. Para pelajar hanya perlu gunakan kad RFID untuk membuat bayaran dan kad ini boleh di top-up melalui top-up station yang telah disediakan tanpa perlu menggunakan tunai atau token untuk memudahkan urusan.
#PRODUK 2
Khidmat Pengurusan Majlis dan Events
ANNADIKOP buat julung-julung kalinya menjadi penganjur bersama bagi Program JOM BALIK SMAPK dan KENDURIANNADI secara kolaborasi bersama Pertubuhan Alumni SMAPK (AnNadi). Program ini dianjurkan pada 14 Oktober 2023 bertempat di SMAPK dan matlamatnya adalah untuk mengeratkan ukhwah silaturrahim sesama Alumni, Mantan Guru, Guru-guru, Ibubapa dan para Pelajar yang kini sedang menuntut ilmu di SMAPK selain bertujuan mengutip dana bagi menampung kos-kos penambahbaikan kemudahan asas dan infrastruktur sedia ada di SMAPK.