Sertai Koperasi Annadi Berhad untuk Membina Masa Depan Kita Bersama!

Koperasi Annadi Berhad kini membuka peluang kepada semua Alumni SMAP Kajang untuk menyertai Koperasi kita sebagai Anggota.

Kenapa sekarang?

Kerana Disember 2025, Koperasi akan melancarkan projek besar — EV Charging Station 🚘⚡️ sebagai langkah strategik ke arah teknologi hijau dan pendapatan mampan yang boleh dinikmati oleh semua anggota.

💰 Modal yang diperlukan bagi menyiapkan sebuah EV Charging Station adalah dianggarkan sekitar RM50,000.

📍 Lokasi strategik sedang dipertimbangkan dan dengan penyertaan anda, kita dapat merealisasikan projek berimpak tinggi ini.

Bagaimana Menyertai Koperasi?

1️⃣ Isi borang pendaftaran 👉 Klik di sini : https://annadicorp.com/permohonan-menjadi-anggota/

2️⃣ Bayar Yuran Keanggotaan: RM100
3️⃣ Bayar Syer Anggota: RM500

📱 Selepas selesai membuat pendaftaran dan bayaran, maklumkan kepada Setiausaha Koperasi melalui WhatsApp 013-6010203 atau email ke [email protected] dengan melampirkan resit sebagai bukti bayaran.

✨ Kenapa anda perlu sertai Koperasi AnNadi?

✔ Jadi sebahagian daripada gerakan Alumni SMAPK yang menyokong bisnes masa depan
✔ Membina dana bersama demi menjayakan projek EV Charging Station
✔ Menikmati dividen tahunan sebagai anggota koperasi
✔ Mencapai matlamat untuk menjadikan Koperasi AnNadi sebagai koperasi terulung

🚀 Mari kita jayakan projek EV Charging Station pertama Koperasi Annadi Berhad!
Bersama, kita bukan sekadar mengejar impian, ayuh kita laksanakannya.

#JOMJADIAHLI #KOPERASIANNADI #ANNADIKOP #EVCHARGING #PROJEKBARU #ALUMNISMAPK #KAMIBUDAKSMAPK